Rabu, 17 Mac 2010

RENUNG SEDAR TELITI LAH WAHAI HAWA.
 
    sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam,kita dzalimi,hak kita dcerobohi,kita dtanam hidup hidup,
tiade penghormatan walau secebis oleh kaum adam,tiada nilaian dmata adam,kita hnya alat untuk memuaskan nafsu mereka.tapi kini setelah islam menyelubungi alam,bila sinar islam berkembang,darjat kita diangkat,maruah kita terpelihara,kita dhargai dan dpandang mulia,dan mendapat tmpat dsisi Allah sehingga tiasa sebaik baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

wahai hawa,
kenapa kau tidak menghargai nikmat iman dan islam ini?
kenapa kau harus kaku dalam mentaati ajaranNya,
kenapa kau harus malu dalam menghayati isi kandungNya,
dan kenapa harus was was dalam mematuhi perintahNya.

wahai hawa,
tangan yang menghayun buayan bisa menggoncang dunia.
sedarlah hawa,kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat.
yakni yang solehah.
kau bisa menggegar dunia dgn menjadi isteri yang taat serta memberi sokongan dan dorongan
pada suami dan menegakkan islam dimata dunia.

Jangan hawa,
jangan sesekali menarik minat lelaki yang bukan suamimu.
jangan cuba sesekali menggoda yang bukan suamimu,
jagan sesekali menggoncang keimanan lelaki dgan lembut tuturmu,
ayu wajahmu,dgn lenggok tubuhmu,
jangan kau hentak hentak kaki mu untuk menyatakan kehadiranmu.
kerna aku khuatir mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan dalm mnyesatkan adam.

wahai hawa,
andai kau diusia remaja,
jadilah ank yang soleh untuk kedua ibubapamu.
andai kau suda bersuami,
jadilah isteri meringankan beban suami.
andai kau seorang ibu,
didiklah anak2 sehingga dia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

wahai hawa,
jika kau belum berkahwin,jgn kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita.
wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
jngn gadaikan maruahmu hanya kerna seorang lelaki,
jagn memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu,
krna kau bkan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
jgan memulakan pertemuan dgn lelaki yg bukan muhrim
kerna khuatir dari mata turun kehati,
dari senyuman mmbawa ke salam,
dari salam cenderung ke pertemuan,
dan dari pertemuan takutnya lahir nafsu kejahatan uang menguasai diri.

Sayangku hawa,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa.
lelaki yg soleh tidak memilih wanita dari keseksian.
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya
serta kemampuannya yg bisa menggoncang iman lelaki.
tetapi hawa,
lelaki yg baik akn memilih wanita melaui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya.
lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dgn wanita bukan muhrim.
leleki yg warak tidak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu matlamat dalm sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.


Oleh itu hawa,
jgalah pandanganmu,pakaianmu,akhlakmu,kuatkan pendirianmu.
andai kata tiada cinta adam dtakdirkan untkmu,
cukup lah hnya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu.

Dengar lah hawa,
cintailah Allah dikala senang dan susah,
kerna kau akn memperolehi cinta dari insan yang juga mencintai Allah.
cintailah kedua ibubapa mu agar memperolehi keredhaan Allah.
cintailah keluargamu kerna tiada cinta selain cinta keluarga.

Ingatanku yang terakhir:
biarlah tangan yg menghayun buaian ini bisa menggoncang dunia dalm mencari keredhaan Illahi.
jangan sesekali tangan ini juga menggoncang keimanan kaum adam
kerna aku sukar menerima dan benci mendengarnya.

Tiada ulasan: